Selasa, 14 April 2015

MeYH aNa NaK sHaRinG cKiT ;)


Assalamualaikum.....

.kaifahaalukum jami3an ? ana harap  anta , enti dan ana sentiasa berada dalam redha dan rahmat Allah S.W.T.


.apa khabar Iman kita ? dah lame kan tak renew Iman kite...insya Allah same-same kite renew balik Iman kite..Astaghfirullahalazim..


 sebenarnye ana nak kongsi satu cite nieh ....haaah pasal ape?kalau nak tahu jom sama-sama baca....insya Allah banyak manfaat.. ;)


Ceritanyer mule macam nieh...


Satu ketika dahulu di sekolah, Hamzah bergaduh hebat dengan rakan baiknya Farid mengenai sesuatu sehingga hampir bergaduh.

Pada pandangan Hamzah ialah "saya betul, Farid yang salah ".Pada pandangan Farid pula, "saya betul, Hamzah yang salah".
Pertengkaran itu kuat sehingga Ustaz Harun terpaksa campur tangan. Ustaz Harun membawa Hamzah dan Farid ke dalam bilik mesyuarat guru yang mempunyai satu meja yang panjang.
Hamzah dan Farid disuruh duduk bertentangan jauh antara satu sama lain di meja tersebut.
Ustaz Harun memulakan pertanyaan :"Apakah warna cawan di tengah meja ? Kerana masing-masing tidak ingin  mengalah, kedua-duanyanya menjawab pertanyaan Ustaz Harun dengan cepat.
Hamzah menjawab : "Putih ".
"Tengok ustaz, cawan ini memang berwarna hitam. Tapi kerana saya berkata hitam Farid terus mengatakan ianya berwarna putih untuk melawan saya meskipun cawan ini hitam," keluh Hamzah.
"Apa kamu merepek ni Hamzah ? cawan ini memang putih. Kamu buta warna patut pergi buat cermin mata.(kata Farid)
Jangan nak fitnah saya. Ustaz, lihatlah cara Hamzah fitnah saya. Saya mengatakan cawan ini berwarna putih bukan kerana dia mengatakan cawan itu hitam, tapi kerana cawan ini memang betul-betul berwarna putih,"bidas Farid.
"Apa lagi kamu berdua nak mengadu? "tanya Ustaz Harun.
Hamzah dan Farid bertengkar lagi untuk 30 minit sehingga kedua2nya keletihan.
"Ustaz, cukuplah . Saya dah malas nak cakap dengan orang sebelah ustaz tuh.(sambil merengus)..
"Ustaz, saya pun sama .Susah nak bercakap dengan orang yang tak nak terima hakikat," kata Farid.
"Ok, kamu berdua tukar tempat ,"arah Ustaz Harun.
Selepas tuh, Hamzah dan Farid terus diam mengutu.
Rupa2nya cawan di tengah2 meja tadi diwarnakan dengan dua warna, separuh hitam dan separuh lagi warna putih.
"Nak bertengkar lagi ke?"tegur ustaz Harun dalam nada kemarahan.
Ustaz Harun pun bagi nasihat ...
Kadangkala kite kena berdiri di tempat orang lain untuk memahami pandangan mereka. Bukan semua yang ada di depan mata itu semestinya betul. Ada benda yang kita tak boleh nampak melainkan dilihat dari sudut yang lain.."kata Ustaz Harun.

Selepas itu, Hamzah dan Farid saling bermaafan dan mula mengerti untuk menghormati pandangan masing-masing meskipun berbeza.

Wahai anakku,
Janganlah selalu menganggap kamu sentiasa betul. Belajarlah di kasut orang lain untuk memahami pandangan mereka sebelum membuat kesimpulan sendiri. Sehebat manapun manusia, dia masih memerlukan cermin untuk melihat wajah mereka sendiri.
Matahari hanya satu, tapi kedudukan matahari di Timur ataupun Barat menyebabkan manusia menggelarkannya matahari terbit atau terbenam meskipun ianya adalah matahari yang sama.



Senyumm..peace no war =)Alhamdulillah daa abis daa..insya Allah bersambung di lain hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan