Jumaat, 13 Mac 2015


Madu? Manis? Senyum? Apa kaitannya? Mesti korang tertanya-tanyakan.. Haa,, Hari ini Miss MM nak kupas maksud disebalik persoalan itu.. Hm.. Madu adalah sejenis makanan sunnah yang mana ia baik untuk kesihatan..

Persoalannya..Erm..tapi...madukan manis.. Macam mana ni??Tak kena selera la kalau manis-manis ni..Cuba tengok balik atau kaji balik kenapa madu tu sangat baik untuk kesihatan. Madu ni kalau disalut atas roti memang sedap.. Sesedap ABC.. HAHA... tetiba plak mengidam nak makan ABC.. huhu..Baiklah, sebenarnya madu yang Miss MM nak bincangkan ialah bagaimana nak madukan sebuah persahabatan supaya ia kekal manis..Bukan  MADU3 ye.. hehe.

Madu dekat sini ialah mempunyai hubungan yang erat yang mana ia dapat menguatkan lagi ikatan persahabatan.Kebiasaanya dalam persahabatan mesti ada pasang surutnya.Takkan kita nak bergaduh je kan.Haa, Miss MM ada beberapa tips untuk bantu korang tidak bermasam muka lama-lama. Pertama, segera memaafkan orang lain walaupun ia bukannya kesalahan korang.Yela kalau dua-dua pakat ego, memang takkan bertegur la jawabnya, teman tidur sebantal pon boleh jadi musuh dalam selimut. Kedua,
saling hormati-menghormati. Yang ni  penting, sebab dengan adanya hormat menghormati, pergaduhan dapat dielakkan.. Tak kiralah tua ke muda, miskin ke kaya,, janji adab itu ada.Barulah manis persahabatan.. :)

Dan yang paling penting sekali ialah senyum.. Haa.. senyum ni tak susah.. Bila nampak orang kita senyumla walaupun tak kenal. Senyum kan sedekah.Dapat pahala pulak tuh. Daripada nak marah. terus tak jadi..sebab dengan senyuman yang ikhlas kita boleh redakan kemarahan seseorang. So, always keep smiling sincerely.. :)