Selasa, 14 April 2015

KELEBIHAN DAN HIKMAH MENUNTUT ILMU

"Insan berilmu dapat terima nasihat dan pengajaran"

Bismillahirrahmanirrahim....Assalamualaikum sodiqoti fillah :)
Hari nie saya nak share something yang berkenaan dengan dakwah..semoga kita semua mendapat manfaat daripada apa yang saya nak share nie.:)

Saya ingin berkongsi tentang kelebihan dan hikmah menuntut ilmu. Setiap manusia dikurniakan oleh Allah akal untuk tujuan membezakannya dengan makhluk lain. Ketika manusia dijadikan, Allah meletakkan amanah besar iaitu menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Pengurniaan amanah ini meletakkan manusia ke kedudukan yang begitu tinggi melebihi makhluk Allah lain. Oleh itu, kita sewajarnya mensyukuri anugerah yang diberikan oleh Allah dan seharusnya dipergunakan dengan sebaik-baiknya demi mempertingkatkan kedudukan kita di sisi Allah.

Di dalam memelihara kemurnian dan kesihatan akal, setiap individu harus menyedari bahawa anugerah Allah yang amat berharga itu tidak akan berguna andainya tidak disusuli oleh amalan dan kewajipan yang dipertanggungjawabkan kepadanya. 

Sebagai seorang Islam, kita perlu meyakini, menjaga dan memelihara akal serta menggunakan untuk mencari nikmat Allah. Ia adalah salah satu perkara wajib dan amat dituntut oleh agama. Antara kewajipan yang dituntut dalam memelihara akal ialah menuntut dan menguasai ilmu.

Kewajipan menuntut ilmu sebagai perkara penting umat Islam dijelaskan oleh Rasulullah dalam sabdanya yang bermaksud :
"Mencari ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim dan Muslimah"

Dalam memperkatakan soal ilmu, tidak dapat dinafikan bahawa orang berilmu mampu menguasai sesuatu. Orang berilmu dalam sesuatu bidang, tidak akan bersusah payah untuk menyelesaikan setiap masalah yang dihadapinya berbanding orang lain yang tidak berilmu.

Allah mewajibkan setiap Muslim supaya terus menuntut ilmu. Sebagai ganjarannya, Allah memberikan kedudukan yang tinggi kepada mereka. Ia dapat dilihat dikalangan masyarakat hari ini. Mereka yang mempunyai ilmu dan kepakaran dalam sesuatu bidang akan dihormati dan diberikan kemuliaan ditengah masyarakat. Bagi orang yang beriman, semakin tinggi ilmu diperoleh akan membuatkannya lebih tawaduk atau merendah diri. Ia menunjukkan bahawa seseorang yang berilmu akan semakin taat kepada Tuhannya. Inilah darjat yang dimiliki oleh ilmuwan Islam atau lebih tepat lagi disebut sebagai ulama.

Firman Allah bermaksud :"Sesungguhnya orang yang takut (taat) kepada Allah dikalangan hamba-Nya ialah ulama (orang yang berilmu)." (Surah Al-Fathir: 28)

Daripada maksud ayat itu, dapat kita fahami bahawa ketaatan manusia kepada sesuatu perkara adalah berasaskan kepada kefahaman dan penghayatannya kepada perkara tersebut dan ketaatan serta penghayatan tersebut tidak dapat diperolehi melainkan dia berilmu. Sesungguhnya, orang yang berilmu bukan saja dihormati dan dikasihi oleh manusia tetapi juga oleh malaikat bahkan oleh seluruh makhluk di dunia ini.

Secara umumnya, perlu kita sedari bahawa ilmu yang dimaksudkan bukanlah terhad kepada ilmu yang berkaitan akhirat. Secara sedar atau tidak, semua ilmu yang terdapat hari ini sama ada mencakupi ilmu dunia atau akhirat, kedua-duanya adalah sunnah kepada manusia untuk mempelajari dan menguasainya.

Ok la, teman rase sampai sini jee..penat pulak dah teman menaipnye..huhu..harap bermanfaatlah ye apa yg teman share nie :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan