Selasa, 14 April 2015

IMAM GHAZALI

LATAR BELAKANG IMAM GHAZALI  :)

  1. Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali.
  2. Dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan tahun 1058 di Tabran,Tus, Wilayah Khurasan utara Iran.
  3. Meninggal dunia pada 24 Jamadil Akhir pada tahun 505 Hijrah bersamaan 1111 Masehi di Tus.
  4. Terkenal dengan nama Al-Ghazali daripada nama asal bersempena nama bapanya yang bekerja sebagai pemintal benang.
  5. Mempunyai akal yang pintar dan otak yang cerdas serta dapat menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dengan cepat dan baik.
  6. Mendapat pendidikan awal daripada Ahmad bin Razkani.
  7. Antara ilmu yang dipelajari ialah ilmu matematik, Fekah, Bahasa Arab,Nahu dan menghafaz Al-Quran.
  8. Sanggup mengembara ke mana sahaja untuk menguasai ilmu pengetahuan hingga dapat menguasai semua ilmu dan mampu mengeluarkan hujah serta berdebat dalam bidang yang berkaitan dengan Usuluddin.
  9. Mendapat gelaran Hujjatul Islam disebabkan pakar dalam semua bidang.
  10. Mengembara selama 12 tahun sebelum penghujung hayatnya untuk mencari kedamaian dan kebenaran hakiki.
  11. Akhirnya, memilih jalan hidup sebagai ahli tasawwuf dan ahli sufi. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan