Kaifa halukum jamian? saya harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera :)berjumpa lagi kita dalam episod dakwah yang bertajuk berbuat baik kepada ibu bapa....
Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dan dihormati dalam institusi
keluarga. Mereka banyak berkorban dalam membesarkan dan memberi didikan
kepada anak-anak. Mereka tidak pernah meminta atau mengharapkan balasan
atau bayaran terhadap penat lelah, pengorbanan dan kasih sayang yang
mereka berikan.
Dewasa ini ramai anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa mereka. Perkara ini amat serius terutamanya di negara Barat yang telah rosak dalam sistem sosial dan kekeluargaan. Anak-anak telah hilang rasa hormat, sering bercakap dengan nada tinggi dan kasar, bahkan ada yang berani memukul kerana tidak sependapat atau berselisih faham.
Islam mengajar agar anak-anak menghormati ibu bapa dan menghargai pengorbanan mereka. Perintah ini banyak dimuatkan dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini amat penting.
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada
kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah
yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah
kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)
Rasulullah tidak mengiktiraf mereka yang tidak menghormati ibu bapa mereka termasuk dalam golongan muslim. Dalam hadis yang lain, perbuatan derhaka kepada kepada ibu bapa merupakan maksiat yang akan di balas dengan segera di dunia ini.
“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Menderhaka kepada kedua ibu bapa merupakan dosa yang besar dan sangat dimurkai oleh Allah. Perkara ini diberikan contoh yang lebih mendalam dan lebih kecil sehingga kepada perkataan dan ucapan seharian. Allah melarang anak-anak melawan ibu bapa mereka dengan nada yang kasar yang boleh menyentuh hati seperti perkaaan ‘ah’, ‘cis’, ‘uh’ dan sebagainya.
Perkara ini mungkin nampak kecil, namun Allah tetap menekannya agar
manusia mengambil peringatan dalam menjaga adab dan sebagai batas-batas
dan aturan yang perlu diikuti demi keharmonian hidup.
Sebagai anak, wajar kita sentiasa bertutur dengan lemah lembut dan
mengucapkan kata-kata yang baik dan menyenangkan hati mereka. Dan
lebih-lebih lagi kita dituntut agar mendoakan kesejahteraan mereka.
Menghormati dan berbakti kepada ibu bapa merupakan suatu perkara yang sangat disukai oleh Allah dan termasuk dalam perbuatan yang menjadi keutamaan yang tinggi.
Marilah kita bersama-sama menyemai kasih sayang dan mewujudkan
keharmonian dalam keluarga sehingga diberkahi dan mendatangkan sakinah.
Semoga keharmonian dalam keluarga akan menyemarakan lagi kesejahteraan
dan kualiti hidup bermasyarakat.
p/s : sayangilah ibu bapa kita selagi mereka masih ada..:) jangan sesekali mengecilkan hati mereka.
i love my parent :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan