Sabtu, 18 April 2015

Hukum Menggunakan Nada Dering Telefon Bimbit Dengan Bacaan Surah al Quran.

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum sume..ana harap antum sume sihat walafiat dan berada dalam redha Allah selalu..
entry kali nie ana nak kongsi satu hukum yang mungkin dah lama kite tertanye2 tapi x terlafaz dibibir mungkin.. :) Jadi soalan die berbunyi begini :



Apakah Hukumnya Menggunakan Nada Dering Telefon Bimbit Dengan Bacaan Surah al-Quran ????

^-^ Jawapannyer...

  • penggunaan nada dering bacaan al-Quran mula-mula sekali telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Ulama Saudi pada 17 Nov 2007 didalam mesyuarat yanng dihadiri oleh 70  orang pewakilan fiqh dunia dan majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Mufti Besar Arab Saudi Sheikh Abdul Aziz Ali al-Syeikh. Menurut ulama yang menghadiri mesyuarat tersebut :

  • Ia memalukan da menjatuhkan kedudukan ayat2 al-Quran apabila ayat al- Quran yang didengarkan itu secara tiba2 terhenti , atau yang mendengar mengabaikan bacaan tersebut. Sebaliknya, jika ayat2 al-Quran disimpan didalam  telefon bertujuan untuk didengari merupakan satu amalan mulia (dan bukan untuk nada dering )
  • Pada hari khamis 12 Nov 2009 pula, Akademi Penyelidikan Islam, yang diketuai oleh Shiekh Dr Mohamed Sayed Tantawi rh. mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering dengan kata beliau :
إساءة للقرءآن ، بما لا يتفق مع جلاله وقدسيته
Ia merupakan penyalahgunaan al Quran, tidak bertepatan dengan keAgungan dan kemuliaanya ".

  • Menurut Setiausaha Akademi tersebut, al-Azhar telah mengikuti keputusan yang difailkan oleh ahlinya Sheikh Mustafa Shaka yang menyeru pihak al-Azhar mengharamkan pengunaan al-Quran sebagai nada dering. Keputusan dibuat atas dasar ayat2 yang digunakan tidak sesuai dengan keAgungan al Quran. Ayat2 yang dibacakan pun tidak habis atau putus."Al-Azhar juga telah mengarahkan pihak Telco di Mesir mengharamkan penggunaan al Quran sebagai nada dering.
  • Sheikh Dr Mahmoud Ashour berkata "ayat2 al Quran tidak diturunkan dari syurga untuk digunakan sebagai ringtone atau sebagai sesuatu yang tidak ada nilai dari aspek ke Agungan dan status al Quran itu sendiri ".
  • menurut beliau lagi "orang tidak akan menumpukan perhatian kepada bacaan al Quran apabila ia berbunyi kerana nada dering itu dijadikan sebagai bahan alert apabila terjadinya perhubungan dan tidak sesuai langsung al Quran mengganti tempat nada dering atau deringan musik"
  •  Darul Ulum Deoband India juga telah mengharamkan al Quran sebagai nada dering. Jurucakapnya Mohammed Asumin Qazmi mengatakan bahawa ayat2 al Quran buksnlsh untuk berhibur. "Seseorang yang mendengar al Quran hendaklah dia mendengar sehingga habis dengan tawadhuk dan tadabbur.Jika ia digunakan sebagai nada dering , tiba2 ditutup semasa bacaan maka sangatlah tidak islamik perbuatan tersebut ".

Kesimpulannya :

  • Adakalanya nada dering bacaan dibunyikan di tempat yang kotor seperti tandas !!! Haram bacaan al Quran didalam tandas.
  • Ayat al Quran hendaklah dibaca secara secara penuh.
  • Pengharaman nada dering bacaan al Quran termasuklah laungan Azan.

Sekian..Wallahu a3lam..Harap2 ianya bermanfaat untuk kitew sume.. :)












Tiada ulasan:

Catat Ulasan