Mujahidah Mawaddah
Manisnya Madu Seindah Senyuman :)
Ahad, 10 Mei 2015
Sabtu, 18 April 2015
Hukum Menggunakan Nada Dering Telefon Bimbit Dengan Bacaan Surah al Quran.
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum sume..ana harap antum sume sihat walafiat dan berada dalam redha Allah selalu..
entry kali nie ana nak kongsi satu hukum yang mungkin dah lama kite tertanye2 tapi x terlafaz dibibir mungkin.. :) Jadi soalan die berbunyi begini :
Apakah Hukumnya Menggunakan Nada Dering Telefon Bimbit Dengan Bacaan Surah al-Quran ????
^-^ Jawapannyer...
- penggunaan nada dering bacaan al-Quran mula-mula sekali telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Ulama Saudi pada 17 Nov 2007 didalam mesyuarat yanng dihadiri oleh 70 orang pewakilan fiqh dunia dan majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Mufti Besar Arab Saudi Sheikh Abdul Aziz Ali al-Syeikh. Menurut ulama yang menghadiri mesyuarat tersebut :
- Ia memalukan da menjatuhkan kedudukan ayat2 al-Quran apabila ayat al- Quran yang didengarkan itu secara tiba2 terhenti , atau yang mendengar mengabaikan bacaan tersebut. Sebaliknya, jika ayat2 al-Quran disimpan didalam telefon bertujuan untuk didengari merupakan satu amalan mulia (dan bukan untuk nada dering )
- Pada hari khamis 12 Nov 2009 pula, Akademi Penyelidikan Islam, yang diketuai oleh Shiekh Dr Mohamed Sayed Tantawi rh. mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering dengan kata beliau :
إساءة للقرءآن ، بما لا يتفق مع جلاله وقدسيته
Ia merupakan penyalahgunaan al Quran, tidak bertepatan dengan keAgungan dan kemuliaanya ".
- Menurut Setiausaha Akademi tersebut, al-Azhar telah mengikuti keputusan yang difailkan oleh ahlinya Sheikh Mustafa Shaka yang menyeru pihak al-Azhar mengharamkan pengunaan al-Quran sebagai nada dering. Keputusan dibuat atas dasar ayat2 yang digunakan tidak sesuai dengan keAgungan al Quran. Ayat2 yang dibacakan pun tidak habis atau putus."Al-Azhar juga telah mengarahkan pihak Telco di Mesir mengharamkan penggunaan al Quran sebagai nada dering.
- Sheikh Dr Mahmoud Ashour berkata "ayat2 al Quran tidak diturunkan dari syurga untuk digunakan sebagai ringtone atau sebagai sesuatu yang tidak ada nilai dari aspek ke Agungan dan status al Quran itu sendiri ".
- menurut beliau lagi "orang tidak akan menumpukan perhatian kepada bacaan al Quran apabila ia berbunyi kerana nada dering itu dijadikan sebagai bahan alert apabila terjadinya perhubungan dan tidak sesuai langsung al Quran mengganti tempat nada dering atau deringan musik"
- Darul Ulum Deoband India juga telah mengharamkan al Quran sebagai nada dering. Jurucakapnya Mohammed Asumin Qazmi mengatakan bahawa ayat2 al Quran buksnlsh untuk berhibur. "Seseorang yang mendengar al Quran hendaklah dia mendengar sehingga habis dengan tawadhuk dan tadabbur.Jika ia digunakan sebagai nada dering , tiba2 ditutup semasa bacaan maka sangatlah tidak islamik perbuatan tersebut ".
Kesimpulannya :
- Adakalanya nada dering bacaan dibunyikan di tempat yang kotor seperti tandas !!! Haram bacaan al Quran didalam tandas.
- Ayat al Quran hendaklah dibaca secara secara penuh.
- Pengharaman nada dering bacaan al Quran termasuklah laungan Azan.
Sekian..Wallahu a3lam..Harap2 ianya bermanfaat untuk kitew sume.. :)
Jumaat, 17 April 2015
:)
(1)
Dalam satu musim
kemarau, semua orang berpakat untuk solat hajat bagi meminta hujan. Pada hari
yang ditetapkan, semua warga berkumpul tetapi hanya seorang budak yang datang dengan
payung.
Itu IMAN
(2)
APABILA anda
melambung bayi ke udara, dia ketawa kerana dia tahu anda akan menyambutnya
semula.
Itu PERCAYA
(3)
SETIAP malam kita
hendak tidur, tanpa apa-apa jaminan bahawa kita akan hidup keesokan harinya,
tetapi kita masih pasang jam loceng untuk bangun.
Itu HARAPAN
(4)
KITA rancang
perkara-perkara besar untuk esok dan hari-hari seterusnya walaupun kita sifar
pengetahuan apa yang akan berlaku dimasa hadapan.
Itu KEYAKINAN
(6)
KITA lihat dunia
ini sangat sukar ditempuhi, tetapi kita tetap juga ingin Berkahwin.
Itu CINTA
(7)
PADA sehelai baju
yang dipakai oleh warga tua tertulis ayat “SAYA BUKAN BERUMURN60 TAHUN… TETAPI
SYA BERUMUR 16 TAHUN DENGAN 44 TAHUN PENGALAMAN”.
Itu SIKAP
(8)
APABILA anda sebut:
SUBAHANALLAH
ALHAMDULILLAH
ALLAHUAKBAR
ALLAHUMMA SOLLI A’LA
SAYYIDINA MUHAMMAD…
Berkali-kali
Itu IBADAH
(9)
APABILA anda semak
semula turutan nombor di atas dengan teliti anda akan senyum sendiri.
Itu CUAI
Senyum selalu…. J
JANGAN LAKUKAN 8 PERKARA INI
JIKA MAHU MURAH REZEKI
· JANGAN
kejar harta benda tetapi KEJAR rezeki yang diberkati. Harta kebendaan mungkin
memuaskan diri tetapi rezeki yang berkat akan memuaskan rohani.
· JANGAN
terlalu ghairah ingin menjadi insan yang Berjaya hingga lupakan hukum hakam
agama.
· JANGAN
berhenti mencari ilmu. Perkataan ILMU disebut berates kali di dalam Al-quran.
Itulah rahsia murah rezeki yang hakiki.
· JANGAN
berhenti mencari ilmu. Perkataan ILMU disebut berates kali di dalam Al-quran.
Itulah rahsia murah rezeki yang hakiki.
· JANGAN
bersikap tamak kerana ada bahagian rezeki yang kita miliki ada bahagian orang
lain. Kesemuanya telah ditentukan oleh ALLAH.
· JANGAN
lupa bersyukur dengan pemberian-NYA walau sekecil manapun.
· JANGAN
suka mencari kesalahan orang lain, kalau itu yang kita cari memang itulah yang
kita akan jumpa. Cari salah silap dulu untuk diperbaiki.
· Untuk
yang telah mendirikan rumah tangga. JANGAN mudah bergaduh sesame suami isteri.
Nanti mudah sangat pintu rezeki tertutup.
WALLAHU TA’ALA A’LAM
~ BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA ~
Assalamualaikum ya sodiqoti :)
Kaifa halukum jamian? saya harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera :)berjumpa lagi kita dalam episod dakwah yang bertajuk berbuat baik kepada ibu bapa....
Sebagai contoh mudah, cerita lama si tanggang yang sombong dan
mengina ibunya setelah menjadi nahkoda kapal, mendapat balasan dengan
ditukar menjadi batu setelah ibunya merintih dan berdoa kepada Allah
akan memberi pengajaran kepadanya.
Menderhaka kepada kedua ibu bapa merupakan dosa yang besar dan sangat dimurkai oleh Allah. Perkara ini diberikan contoh yang lebih mendalam dan lebih kecil sehingga kepada perkataan dan ucapan seharian. Allah melarang anak-anak melawan ibu bapa mereka dengan nada yang kasar yang boleh menyentuh hati seperti perkaaan ‘ah’, ‘cis’, ‘uh’ dan sebagainya.
Kaifa halukum jamian? saya harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera :)berjumpa lagi kita dalam episod dakwah yang bertajuk berbuat baik kepada ibu bapa....
Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dan dihormati dalam institusi
keluarga. Mereka banyak berkorban dalam membesarkan dan memberi didikan
kepada anak-anak. Mereka tidak pernah meminta atau mengharapkan balasan
atau bayaran terhadap penat lelah, pengorbanan dan kasih sayang yang
mereka berikan.
Dewasa ini ramai anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa mereka. Perkara ini amat serius terutamanya di negara Barat yang telah rosak dalam sistem sosial dan kekeluargaan. Anak-anak telah hilang rasa hormat, sering bercakap dengan nada tinggi dan kasar, bahkan ada yang berani memukul kerana tidak sependapat atau berselisih faham.
Islam mengajar agar anak-anak menghormati ibu bapa dan menghargai pengorbanan mereka. Perintah ini banyak dimuatkan dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini amat penting.
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada
kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah
yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah
kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)
Rasulullah tidak mengiktiraf mereka yang tidak menghormati ibu bapa mereka termasuk dalam golongan muslim. Dalam hadis yang lain, perbuatan derhaka kepada kepada ibu bapa merupakan maksiat yang akan di balas dengan segera di dunia ini.
“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Menderhaka kepada kedua ibu bapa merupakan dosa yang besar dan sangat dimurkai oleh Allah. Perkara ini diberikan contoh yang lebih mendalam dan lebih kecil sehingga kepada perkataan dan ucapan seharian. Allah melarang anak-anak melawan ibu bapa mereka dengan nada yang kasar yang boleh menyentuh hati seperti perkaaan ‘ah’, ‘cis’, ‘uh’ dan sebagainya.
Perkara ini mungkin nampak kecil, namun Allah tetap menekannya agar
manusia mengambil peringatan dalam menjaga adab dan sebagai batas-batas
dan aturan yang perlu diikuti demi keharmonian hidup.
Sebagai anak, wajar kita sentiasa bertutur dengan lemah lembut dan
mengucapkan kata-kata yang baik dan menyenangkan hati mereka. Dan
lebih-lebih lagi kita dituntut agar mendoakan kesejahteraan mereka.
Menghormati dan berbakti kepada ibu bapa merupakan suatu perkara yang sangat disukai oleh Allah dan termasuk dalam perbuatan yang menjadi keutamaan yang tinggi.
Marilah kita bersama-sama menyemai kasih sayang dan mewujudkan
keharmonian dalam keluarga sehingga diberkahi dan mendatangkan sakinah.
Semoga keharmonian dalam keluarga akan menyemarakan lagi kesejahteraan
dan kualiti hidup bermasyarakat.
p/s : sayangilah ibu bapa kita selagi mereka masih ada..:) jangan sesekali mengecilkan hati mereka.
i love my parent :)
Selasa, 14 April 2015
IMAM GHAZALI
LATAR BELAKANG IMAM GHAZALI :)
- Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali.
- Dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan tahun 1058 di Tabran,Tus, Wilayah Khurasan utara Iran.
- Meninggal dunia pada 24 Jamadil Akhir pada tahun 505 Hijrah bersamaan 1111 Masehi di Tus.
- Terkenal dengan nama Al-Ghazali daripada nama asal bersempena nama bapanya yang bekerja sebagai pemintal benang.
- Mempunyai akal yang pintar dan otak yang cerdas serta dapat menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dengan cepat dan baik.
- Mendapat pendidikan awal daripada Ahmad bin Razkani.
- Antara ilmu yang dipelajari ialah ilmu matematik, Fekah, Bahasa Arab,Nahu dan menghafaz Al-Quran.
- Sanggup mengembara ke mana sahaja untuk menguasai ilmu pengetahuan hingga dapat menguasai semua ilmu dan mampu mengeluarkan hujah serta berdebat dalam bidang yang berkaitan dengan Usuluddin.
- Mendapat gelaran Hujjatul Islam disebabkan pakar dalam semua bidang.
- Mengembara selama 12 tahun sebelum penghujung hayatnya untuk mencari kedamaian dan kebenaran hakiki.
- Akhirnya, memilih jalan hidup sebagai ahli tasawwuf dan ahli sufi.
MeYH aNa NaK sHaRinG cKiT ;)
.kaifahaalukum jami3an ? ana harap anta , enti dan ana sentiasa berada dalam redha dan rahmat Allah S.W.T.
.apa khabar Iman kita ? dah lame kan tak renew Iman kite...insya Allah same-same kite renew balik Iman kite..Astaghfirullahalazim..
sebenarnye ana nak kongsi satu cite nieh ....haaah pasal ape?kalau nak tahu jom sama-sama baca....insya Allah banyak manfaat.. ;)
Ceritanyer mule macam nieh...
Satu ketika dahulu di sekolah, Hamzah bergaduh hebat dengan rakan baiknya Farid mengenai sesuatu sehingga hampir bergaduh.
Pada pandangan Hamzah ialah "saya betul, Farid yang salah ".Pada pandangan Farid pula, "saya betul, Hamzah yang salah".
Pertengkaran itu kuat sehingga Ustaz Harun terpaksa campur tangan. Ustaz Harun membawa Hamzah dan Farid ke dalam bilik mesyuarat guru yang mempunyai satu meja yang panjang.
Hamzah dan Farid disuruh duduk bertentangan jauh antara satu sama lain di meja tersebut.
Ustaz Harun memulakan pertanyaan :"Apakah warna cawan di tengah meja ? Kerana masing-masing tidak ingin mengalah, kedua-duanyanya menjawab pertanyaan Ustaz Harun dengan cepat.
Hamzah menjawab : "Putih ".
"Tengok ustaz, cawan ini memang berwarna hitam. Tapi kerana saya berkata hitam Farid terus mengatakan ianya berwarna putih untuk melawan saya meskipun cawan ini hitam," keluh Hamzah.
"Apa kamu merepek ni Hamzah ? cawan ini memang putih. Kamu buta warna patut pergi buat cermin mata.(kata Farid)
Jangan nak fitnah saya. Ustaz, lihatlah cara Hamzah fitnah saya. Saya mengatakan cawan ini berwarna putih bukan kerana dia mengatakan cawan itu hitam, tapi kerana cawan ini memang betul-betul berwarna putih,"bidas Farid.
"Apa lagi kamu berdua nak mengadu? "tanya Ustaz Harun.
Hamzah dan Farid bertengkar lagi untuk 30 minit sehingga kedua2nya keletihan.
"Ustaz, cukuplah . Saya dah malas nak cakap dengan orang sebelah ustaz tuh.(sambil merengus)..
"Ustaz, saya pun sama .Susah nak bercakap dengan orang yang tak nak terima hakikat," kata Farid.
"Ok, kamu berdua tukar tempat ,"arah Ustaz Harun.
Selepas tuh, Hamzah dan Farid terus diam mengutu.
Rupa2nya cawan di tengah2 meja tadi diwarnakan dengan dua warna, separuh hitam dan separuh lagi warna putih.
"Nak bertengkar lagi ke?"tegur ustaz Harun dalam nada kemarahan.
Ustaz Harun pun bagi nasihat ...
Kadangkala kite kena berdiri di tempat orang lain untuk memahami pandangan mereka. Bukan semua yang ada di depan mata itu semestinya betul. Ada benda yang kita tak boleh nampak melainkan dilihat dari sudut yang lain.."kata Ustaz Harun.
Langgan:
Catatan (Atom)